Aku tak mampu…


Kita semakin jauh...

Kita semakin jauh...

DIA.. aku kenal enam tahun yang lalu…

Dari seorang gadis yang tidak tahu apa-apa sehinggalah dia kini bergelar penagih ATS. Aku mungkin satu-satunya teman rapat dia. Masakan tidak emaknya itu aku panggil IBU. Punyalah rapat sehingga bapanya pun.. aku panggil AYAH.

Dulu masa sekolah ..sampai kena warning dengan abang dan emak aku supaya jangan selalu ke rumah dia. “Jangan selalu sangat ke rumah dia, balik rumah dulu.. baru pergi merayau mana-mana yang kau suka,”. Tu warning abang aku yang selalu risau dengan perangai aku yang suka melepak rumah si ‘dia’ ini sehingga larut malam dan ada kalanya aku bermalam dirumahnya.

Dia memang dikategorikan sebagai budak nakal di sekolah. Ponteng, merokok dan macam-macam lagilah dibuatnya. Selalu buat aku cuak sebab oleh kerana aku baik dengan dia… cikgu selalu duk aim aku. Tapi baik punya simpan rahsia sebab aku tak mahu dia kena tindakan displin. Dia kalau nak keluar akan menggunakan nama aku sebagai pas bebas untuk dia melepak.

Kadang kala aku rasa marah juga.. sebab tidak pasal-pasal abang dia mencari aku. Selalunya dia akan berjanji dulu dengan aku untuk balik sebelum malam. Tidak pernah pulak dia mungkir janji. Itu mungkin antara sebab dia tak kantoi. Macam-macam pengalaman pahit dan manis aku dengan dia. Antara pengalaman pahit ialah bila kantoi merayau dibandar ketika pukul 2 pagi dengan abang aku. Perghhhhhh.. adalah 2..3bulan aku dilarang berkawan dengan dia.

Tamat sekolah menengah .. masing-masing dengan dunia masing-masing. Aku masuk universiti.. dia diterima bekerja sebagai jururawat di hospital kerajaan. Kira bersyukur juga bila dia sudah dapat kerja. Masa tu dia duk ketawakan aku sebab masih belajar. Hubungan kami sangat baik. Sehinggakan pernah aku menemannya tidur di asrama hospital tu. Dan paling best merayau kawasan hospital waktu malam. Nasib tak bertembung dengan hantukan… Aduhai..

At last.. akhirnya aku dengar .. dia gagal dalam peperiksaan dan punya rekod displin yang teruk. Dalam hati selalu berkata..  dengan siapalah pulak dia berkawan sampai jadi macam ini. Tahun lepas dia sudah pun berkahwin. Rasa sedih dan bercampur gembira bila dia sudah kawin. Yelah sebelum itu .. kalau ada apa-apa projek di Melaka .. pastinya aku akan join. Tak kiralah projek hampeh.

Memang jarang aku berjumpa dia ..namun tiga bulan lepas.. aku ada berjumpa dia.. Macam-macam cerita.. Dia sudah berhenti kerja.. dan sudah tanam anggur katanya. Paling aku sedih .. dia sudah tidak seperti dulu.. rasa macam sewel pun ada. Duk cerita bukan-bukan dan tidak ada point dengan aku. Dia sudah terjebak dalam pengambilan ICE. Bila aku tanya dengan siapa stok ini diambil.. katanya dari sumber yang tidak pernah putus.

Aku sudah memberi kata dua kepada dia. Tidak mahu berjumpa dengan dia lagi sehinggalah dia berhenti mengambil dadah itu. “Beb.. aku dah tak mau jumpelah ..selagi kau tak quit dari ambik benda ni,”.Selagi tidak berhenti jangan harap aku hendak berjumpa. Itu sahaja yang termampu untuk aku mengajar dia. Aku tahu .. dia pastinya akan terasa apabila kehilangan aku. Kerana aku sahajalah tempat mengadu selepas ayah dan ibu dan suaminya itu. Segala kebaikan pastinya ayah .. ibu dan suamnya tahu. Bad side hanya aku sahaja yang tahu.

Sesungguhnya aku tidak mahu dia menjadi lebih teruk . Dan AKU TAK MAMPU untuk memberi nasihat selepas entah berpuluh kali menasihati dia. AKU TAK MAMPU untuk menjadi sahabat kamu lagi .. apabila dadah itu sudah menjadi teman karibmu..

# Baru aja aku disms … mahu bertanya khabar .. aku tak mahu.. tak mahu reply .. biar dia rasa .. bila kehilangan seorang kawan.. yang dahulu makan dan minum pernah serumah dan sebantal..Jangan masuk pusat pemulihan dadah sudahlah dek non…

2 thoughts on “Aku tak mampu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s