Lorong-lorong ini… Asing bagi saya…Lorong yang tak pernah berada dalam pengalaman dan pengamatan saya…Apatah lagi… Menyimpan impian untuk berada di sini…Namun, malam ini saya belajar… Harga sebuah nyawa dan maruah seorang wanita…Mendengar kisah ini… hati terasa luluh…

Dimanakah DIA???
Itu antara Stand Upper Wan Kamaruddin Wan Ibrahim di dalam Episod Pelacur di dalam Program Bongkar. Sudah banyak program dan docu mengenai pelacuran ini. Mengapa dan kenapa .. Sampai bila dan apa kesudahannya .. itu persoalan setiap kali PELACURAN menjadi tajuk sesebuah cerita itu.
Aku pertama kali melihat kehidupan belakang mati ialah apabila rakan seuniversiti tidak ada plan untuk menghabiskan masa dihujung minggu. Aku ambil keputusan untuk ikut merayau di KL. Kemudian ‘dia’ menunjukkan aku spot pelacur dan bapok.Naik muntah aku bila tengok pelacur tua dan bapok yang bermekap tebal tu.
“Jomlah blah ..tempat lain lagi menarik,”.
Arahan aku didengari si dia. Pantas beredar.Takut jugak nanti bapak ayam tahan ataupun dibelasah dibelakang lorong tu. Mati sebelah penagihla plak nanti. Sejak dari itu. Aku tidak lagi mahu jejak dilorong tu. Tapi bila diassign buat kerja, tak ada bantahan terus setuju dengan lokasi tu. Perghhhh… Sebenarnya ketar juga. Takut dibaling dengan pelbagai barang dan disergah entah gengster mana.
Pengambaran berjalan dengan lancar. Cuma bila berkongsi perasaan bersama mereka .. aku ada rasa marah kerana bagi aku mesti ada jalan keluar dari situ.Tapi mungkin aku tidak berada ditempat mereka.Itu sebab mungkin aku senang cakap macam itu. Bila tanya kenapa tidak keluar cari kerja lain. Macam-macam jawapan aku peroleh. Antaranya :
“Dah kerja tapi tak bolehlah dik, mungkin dah terbiasa.. orang pun dah tidak boleh terima kita,”.
Macam mana tu. Kemudian antara soalan lain. Bukankah sudah ramai pelacur daripada luar yang datang cari makan. Ini jawapannya.
“Kami still ada pelanggan setia”,.
Ayossssssssssssssssssssssssssss…
Aku paling sedih bila .. jumpa seorang pelacur yang memperoleh pendapatan dangan hasil lendir untuk menyekolahkan anak lelakinya yang berusia 10 tahun. Kira anaknya bernasib baik kerana memperoleh surat beranak setelah seorang aktivis ini berusaha untuk mendapatkannya. Namun ada yang masih berdiri disitu untuk memberi barang sesuap nasi kepada anak-anak yang entah siapa bapanya. Ada yang masih melambaikan tangan kepada si tua bangka untuk membayar wang hospital apabila delivered nanti.
Letih. Macam-Macam Cerita.
Banyak-banyak cerita itu. Aku terkenangkan seorang kanak-kanak perempuan yang membungkuskan makanan untuk diberi kepada neneknya.Ketika kami membelanjanya makan disalah sebuah restoran disitu.Dia dijaga oleh neneknya kerana ibu dia menghilang entah kemana. Mungkin dilorong gelap itu.Kata salah seorang pekerja di kedai makan itu.
Aku juga duk teringat manalah perginya gadis yang terlepas lari daripada jagaan seorang aktivis kerana kesalahan tidak menghantar dia pulang hingga ke pintu rumah. Kami menghantarnya hingga ke bahu jalan.Dia terus menyimpang dan tidak pulang ke jalan yang benar sehingga sekarang.
Mana perginya si Ina yang kami jumpa secara kebetulan ketika pengambaran Episod Pelacur. Macam manalah nasib si comel dan kecil di lorong gelap itu …
# Semoga kehidupan mereka lebih baik daripada hari-hari semalam.
# Aku juga kenal benar hati budi mereka disana. (Geramkan kak lin)