Ini satu pesan baru
seorang sahabat lama,
tentang cinta dan cita-cita
tentang dilema pilihan diri.
kita hanya boleh merasa
sejauh mana hati kita ingin
kerana jalinan itu tidak bererti
jika dicipta tanpa keinginan.
kita hanya boleh melangkah
sejauh mana kaki kita mahu
kerana perjalanan itu sia-sia
jika dipaksa tanpa kemahuan.
jalinan tanpa cinta
perjalanan tiada cita-cita,
bukan suatu yang pura-pura
jika itu pilihan sengaja.
sungguhpun ironik,
barangkali ada benarnya.
selalu kaya dengan makna
kerana sejauh mana pun
jarak itu memisahkan,
kasih seorang sahabat
masih selalu dekat.
ini dari page Dr. Rem ni … hehehehe … jangan lupa bagi credit pada Dr. Rem!