bUKAN Rahsia


sagittarius_by_palandurwen

Kita lahir dengan cinta…
Dengan cinta itu juga kita membesar dan dewasa.

Jadi bagi aku, kita harus bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh Yang Maha Esa kepada kita.Untuk my sis yang disayangi.. pastinya aku menanti bulan Januari ini untuk melihat seorang lagi anak buah aku.Pastinya dia tentu cute mcm abg dan kakaknya itu. Tapi jangan nakal sgt sudah. Cukup dua-dua itu nakal sampai terbalik tv kat umah tu.Tak ramai pun anak buah semuanya masih kecil dan masih tidak mengenali aku kerana aku tidak banyak masa aku bersama mereka.

Harap dia akan deliver dengan selamat. Cerita mengenai tarikh lahir ini .. aku ada baca satu article yang bertajuk rahsia tarikh lahir bagi aku yang lahir pada bulan Desember ini beberapa ciri-ciri dan perwatakan yang boleh tersenyum aku dibuatnya . Antaranya ialah :

1. Sangat setia
2. Bersikap patriotik
3. Bercita-cita tinggi
4. Seronok untuk didampingi
5. Perangai yang berubah-ubah
6. Benci pada kongkongan
7. Cepat marah
8. Tidak pandai berpura-pura
9. Berfikiran logik
10. Kurang sabar dan tergesa-gesa

Ada sahaja kajian metafizik yang mengkaji sifat manusia melalui tarikh lahir dan bulan kelahiran ini.Ada yang mengkaji melalui tulisan, urat ditapak tangan dan juga bentuk fizikal seseorang individu itu. Bagi aku semua sifat itu dibentuk oleh persekitaran seperti didikan keluarga dan agama.

Namun bagi aku semua sifat yang didalam list pada bintang Sagittarius ini ada saja dalam diri semua orang. Sebagai contoh sifat tergesa-gesa tu ada aja dalam diri seorang member aku nie walaupun dia bukan bintang Sagi (semua org pun tahu).

Paling penting bagaimana kita menilai diri dan tahu kemampuan diri. Kata orang biar jahat tapi hati baik . Opssss .. Teringat seorang rakan pernah berkata dia melihat anaknya bijak bertanya soalan kerana menonton sebuah cartoon yang mempunyai kisah teladan. Oleh itu anaknya selalu mahu menjadi baik.

Betul tu bro.

Nak bercerita mengenai zaman kanak-kanak aku sangat suka meminta-minta . Tapi semua buat tak layan aja. Tapi aku masih ingat abah belikan satu permainan yang sangat aku suka . Ianya adalah sebuah alat permainan memancing ikan. Ikan-ikan itu sangat cantik . Berwarna warni. Siap ada mata pancing . Cuma battery aja selalu tidak dibeli .Tapi takpe masa tu ikan itu aku ambil pakai tangan . Sifat meminta-minta itu bagi aku biasa aja bagi seorang kanak-kanak.

Semakin besar semakin besar juga cabaran hidup. Dulu masa kecil aku tak sabar nak jadi besar. Bila dah dewasa selalu kalau boleh turn back time aku nak jadi kecil semula. Aku tidak mahu berjumpa dengan pelbagai macam ragam orang.Orang luar itu pasti punya ada kepentingan diri dan paling aku takut berniat jahat dengan aku.

Aku hanya mahu bermain diluar rumah bersama rakan-rakan lain. Aku hanya mahu berlari keliling rumah mencari mana kakak-kanak aku yang lain. Pastinya mereka meninggalkan aku ke bandar menonton movie. Tak mahu ditinggalkan ! Aku juga mahu melihat screen besar itu.

Esok pastinya umur aku bertambah satu angka. Perlu aku rencanakan hidup ini. Selalu berpesan kepada diri jangan leka .. jangan leka dengan benda menarik dan menghiburkan (jangan ketawa kak lin).. Aku mahu melihat masa depan yang lebih cerah …lebih cerah daripada masa lalu.

3 thoughts on “bUKAN Rahsia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s