Sedang sibuk aku menyiapkan segala urusan vloggers dan menyusun line up yang perlu disiapkan untuk minggu hadapan.Tiba-tiba bos aku menyuruh aku dan temanku masuk mengadap dia.
Katanya ada presentation dan sedikit info yang perlu dicari mengenai penakluk Jerusalem Salahuddin Al Ayubi. Damn! aku hanya tahu sedikit sahaja mengenai pahlawan perang terhebat ini.
Aku dengan segera mendail talian hayat iaitu teman paling aku senangi Aman untuk mendapatkan info mengenai Salahuddin ini. Tapi respon kurang memberangsangkan. Katanya tidak sempat untuk menyediakan info mengikut deadline yang aku beri kepadanya. At last aku gaklah yang mengsurfing segala info yang ada diinternet itu.
Bila dibaca dari satu link ke link yang lain, macam-macam info yang aku dapat. Yang pasti segala info itu ada yang tidak diyakini. Ada yang mengatakan Salahuddin meninggal pada umur 55 tahun. Ada yang mengatakan meninggal pada umur 57 tahun. Huh!
Mana satu nie . Memang aku tak yakin dengan info yang ada nie. Sedang sibuk aku mengsurfing itu teringat lawak seorang rakan ofis yang mengatakan sejarah boleh diubah. Masa itu aku terpinga-pinga. Apa masuk air ke mamat nie. Rupenya dia melawak. Katanya ubah saja di Wikipedia.
Akhirnya aku mengambil langkah untuk meminjam buku seorang lagi bos aku untuk mendapat fakta sahih heh. Masa petang diofis aku habiskan dengan membaca buku ini.
Ayat yang digunakan sangat simple. Tak perlu aku mengerutkan dahi untuk memahami isi kandungannya. Ketika aku membaca mukadimah buku itu, aku mula minat nak tahu siapakah Salahuddin Al Ayubbi ini . Mungkinkah aku aja yang tidak tahu sejarah dia. Dulu aku pernah membaca mengenai dia, tapi ketika itu hanya untuk mendapat markah yang baik di dalam kelas. Segala info ringkas aja yang aku ingat. Mungkin minat aku pada lain tempat dan subjek. Huks.
Namun semenjak membaca muqaddimah buku ini aku mula impress dengan semangat juang, jihad dan akhlak dia. Tiada apa yang digeruni ketika menentang musuh. Semangatnya hanya berjihad dan mahu menegakkan keadilan. Angkatan tenteranya sentiasa ditarbiah dengan kata-kata meneruskan jihad . Jihad dan Jihad.
Fokus Salahuddin dalam setiap peperangan di Mesir,Syria dan Palestin dan juga semangat dia aku suka bangat. Ketika sakit sekalipun diakan memastikan segala persiapan untuk berperang sempurna. Dia akan menunggang kudanya untuk melihat bala tenteranya sentiasa berlatih dan berada dalam keadaan sedia. Sakit diketepikan. Katanya kepada seorang kawanya apabila menunggang kuda, sakitnya semua hilang.Wahhhhhhh…
Salahuddin ataupun dikenali dengan nama Saladin di barat berjaya menakluki Baitul Maqdis setelah 88 tahun berada dibawah taklukan tentera salib. Siri peperangan selama 5 tahun diakhiri dengan perjanjian damai. Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam berjaya ditawan.
Tawanan tentera tidak dianiaya, dan dibebaskan dengan membayar wang tebusan mengikut kemampuan. Betapa mulia Salahuddin. Tiada dendam terhadap pembunuhan tentera Islam yang dibunuh dengan kejam ketika perang Salib I dan ke 2.
Dia dihormati pihak musuh.
Salahudin meninggal dunia ketika umurnya 55 tahun. Dia terlantar sakit selama 14 hari dan ketika sahabatnya membaca Al-Quran dan Shuhadah selama 3 hari. Dan ketika menghembus nafas terakhir, sahabatnya membacakan ayat ‘Dialah Allah tiada tuhan melainkan Dia yang mengetahui yang ghaib dan nyata, ”(Al – Hasyr : 22) . Salahuddin tersenyum dan mengatakan MEMANG BENAR. Kemudian Salahuddin pergi menemui yang Maha Esa.
Salahuddin meninggal dunia tanpa meninggalkan harta yang menggunung. Sedangkan dia pada masa itu adalah panglima terhebat dan punya pengaruh yang kuat. Dia tahu tiada apa yang dibawa menghadap yang Maha Esa kecuali amalan dan kebaikan .
Sehingga kini nama dan sejarah jihad Salahuddin sentiasa bermain difikiran aku.Masakan tidak ketika aku membaca mengenai akhlaknya juga , dia sangat suka bersedekah sehinggakan pembantunya sanggup menyorokkan wangnya untuk kebaikannya pada masa hadapan.Ketika dia sedang sakit seorang pembantunya menuangkan air dan terpercik sedikit air dibadannya. Perbuatan pembantunya itu tidak ditegur sehinggalah perbuatan itu dilakukan selama tiga kali.
Dia menegur dengan mengatakan ‘Engkau tidak sukakah dengan aku’. Dia sangat menjaga kata-katanya supaya tidak menyakitkan hati orang lain . Wah sukanya aku dengan sifatnya itu .Aku sudah hampir habis membaca mengenai Salahuddin dibuku ini. Namun banyak lagi yang aku rasa sejarah Salahuddin yang aku tidak tahu.
Sedang juga aku khusyuk membaca , aku terlupa gfx lupe diorder untuk presentation itu. Maaf bos. Aku mudah leka dengan benda lain. Huh!
Pstttt .. bos boleh tak aku turut sama dalam menjayakan docu ini kerana aku sangat mahu menziarahi makam Salahuddin di Syria dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dirinya.
Dan yang pasti aku amat mengagumi SALAHUDIN itu.
Alamak… dah mcm sejarawan dah nie…
itu lah dianya. padahal baru satu hari je dia baca buku tu. perghh … bagus bagus … lepas ni Ina produce Salahuddin Al-Ayubi yer? Mesti abang nal impress lah! hehehehe …
Aman lagi advance .. semua dia tahu rupenya .. kalau tahu dr awal tak payah baca buku tu !dgr dia cerita aja
u pun ada semangat salahudin al-ayubi but seems that u ni perempuan, i anggap u ada semangat syafina al-malaki (orang Melaka) hehehe
ina, tahniah kerana mempunyai blog sendiri, tulislah apa yang dirasakan, di sini editornya adalah diri sendiri
jangan lupa tulis pengalaman wrestling sekali ye, Razlan pun nak tahu gak bunga silat yang digunakan, boleh dia ajar balik kat budak2 budak silat dia tu, ahaks!
apapun, tetap rindu di saat u melaungkan azan subuh kepada seorang editor yang terlajak tidurnya, argh, indahnya kenangan…
Wah hebat betul reseach ko nie! Jgn copy paste sudah… Haha