7 orang 13 episod 30 Hari


edit12Aku mula melangkah diri ke dunia penyiaran apabila diterima bekerja sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2005. Bekerja bersama tim yang hebat bagi aku pada masa itu iaitu Skuad Siasat memberikan impak besar di dalam diri untuk pergi lebih jauh dalam bidang penyiaran.

Disitu aku belajar segalanya. Disiplin dan deadline. Kena maki pekara biasa. Tapi masa tu, aku sentiasa berdoa tidak akan dimaki kerana aku budak baru belajar. Hari demi hari aku akan belajar dari kesilapan.

Tapi sehingga kini masih ada silap . Tu aku yang buat pasallah tu . Hehehehehe.

Tim yang diketuai oleh ZRA (bos yang menjadi mastermind dalam segala isu) adalah tim yang menjadi bualan dintv7 pada masa itu. Kiranya masa aku sertai tim ini mereka mula melangkah keluar daripada ntv7. Hanya beberapa senior yang masih setia meneruskan perjuangan pada masa itu untuk menjadikan Edisi Siasat sentiasa unggul huh!

Namun setelah setahun aku bekerja bersama mereka, kedengaran ZRA dan sahabatnya mahu membuka sebuah production hse. Kemudian aku mengambil keputusan untuk turut sama bersama mereka.

Pada masa itu hanya ada hanya ada 7 orang ada di production hse ini. Semuanya serba sederhana. Dari hanya 1 meja sehinggalah hampir 90 meja aku rasa kini. Production hse ini berkembang begitu pesat.

Dulu hanya 7 orang kini pekerjanya hampir 100 orang . Punyalah ramaikan. Department pun dah banyak . Dulu itulah orang yang duk shooting, itulah orang yang duk shooting, itulah orang yang duk jadi PM, itulah orang yang jadi researcher, itulah orang yang jadi runner, itulah orang yang jadi editor offline, itulah orang yang preview tape, itulah orang yang menjadi penulis skrip, itulah orang yang melaksanakan apa yang diarahkan oleh bos.

Segalanya bermula dengan sedikit.. dan bertambah banyak semakin hari. Aku mahu bercerita mengenai program pertama yang diproduksi ini. BONGKAR, terbitan One to One dan bersiaran diRTM 2 ini sentiasa menjadi program kenangan terindah bagi aku.

“Kalau hendak diingat program apa yang paling saya suka dan tidak boleh lupa itu adalah BONGKAR,” kata bos saya .

Benar bos. Mana mungkin saya lupa. Semangat semua staff pada masa itu sangat berkobar-kobar.30 hari diberi untuk menyiapkan 13 episod. Mana boleh saya lupa.

Hari ini research, esok kami bertemu sample kes, lusa buat skrip kemudian masuk edit. Haaaaa… cabaran tu beb..

Edit 4 hari. Ditambah tolak 13 episod itu hanya sebulan.

Sebulan beb.

Jika kata orang 13 episod need more days than that aku rasa benda tu salah. Fokus kami pada masa itu ialah mahu memberikan yang terbaik untuk company . Tidak tidur kerana mahu loading tape, tidak tidur kerana mahu menyiapkan segalanya.

Ketika beralih arah dari bekerja disebuah stesyen tv ke production hse. Sememang lain benar cara kerjanya. Sabtu dan ahad tiada dalam kamus bekerja. Yang ada cuti hanya bila kerja sudah siap.

Bila bersama rakan sekerja yang punya prinsip yang sama. Aku rasa sangat bersemangat bekerja. Mereka tahu cara kerja. Alhamdullilah sebab bertemu mereka.

Antara episod BONGKAR ialah Ep Bahana Gam, Pelacur Jalanan, Mat Rempit dan  Dadah Oh Dadah.

Semuanya berjalan dengan lancar. Tiada erti delay .. tiada kata tidak boleh.

Semuanya mengajar aku erti kesabaran dan kejayaan 😛abe20campenagih

6 thoughts on “7 orang 13 episod 30 Hari

  1. Kembara Pena says:

    Hahahahaha…
    Tidak pernah ku sangka, kau akan buka cerita lama pada hari pembukaan blog kau ini.
    Tapi mamang tidak ku sangkal, apa yang ko rasa.
    Bongkar jualah tugas pertama ku setelah meninggalkan dunia akhbar.
    Bongkar jua yang membawa aku dalam dunia production.
    Tapi bagiku, 100 orang kini tak sama 7 orang kita dahulu.
    Segalanya pantas tanpa alasan, tapi kini segalanya lembab dan dicemari dengan alasan dan hujahan.

    KP hanya geleng kepala memikir masa kini tetepi mengorak senyuman ketika mengenangkan kenangan lalu.

  2. 001beautifulcrazy says:

    Kata kawan saya – ” baru aja jadi wartawan tiga tahun, masih banyak yang perlu belajar,”.
    Ya memang benar . Kerana setiap tugasan punya cabaran yang berbeza.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s